Dulu biasa makan kat Bangi. Tapi gambar tu tak menjadi sangat. Tersilap bajet.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuetiau Kung Fu
Dulu biasa makan kat Bangi. Tapi gambar tu tak menjadi sangat. Tersilap bajet.
BAHAN-BAHAN
- Kuetiau
- 2 biji telur
- Lada hitam / lada putih
- Campuran makanan laut / ‘mix seafood’
- Lobak merah
- 1~1 setengah sudu besar tepung jagung
- 1 cawan air
- Sayur-sayur lain (jika nak tambah) (sayur kat rumah dah abis la pulak)
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
- Sos tiram
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam / putih di dalam gelas.
- Masukkan kuetiau hingga 3/4 gelas (dah terlebih masuk kueh teow).
- Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kuetiau supaya menjadi sedikit nipis.
- Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
- Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
- Kuah: Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan makanan laut.
- Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
- Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
- Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuetiau tadi. Kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.