resepi ni senang aje..try ler..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kueh lapis
resepi ni senang aje..try ler..
BAHAN-BAHAN
- 160 gm / 1 1/2 cwn – tepung gandum
- 40 gm / 1/2 cwn – tepung ubi
- 150 gm / 1 cwn – tepung beras
- 240 gm / 1 1/2 cwn – gula (bole kurang kalau tak mau manis)
- 350 ml / 2 cwn – santan pekat (ori punye)
- 800 ml / 4 cwn – air
- sedikit garam dalam secubit (untuk lemakkan rasanya)
- perisa sirap ros (yg selalu kite buat air tu)
- * dadih guna cwn kecil yg kite hidang minum kopi tu.
CARA PENYEDIAAN
- campurkan semua tepung, gula dan garam kedalam bekas.
- masukkan santan pekat tadi kedalam campuran tepung dan gula tadi. gaulkan hingga sebati (akan berketul)
- kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..(gaulkan..biasanya saya masukkan sikit pastu masukkan dalam blender untuk hilangkan tepung berketul tepung jadi sebati dan halus, keluarkan dalam bekas masukkan air yg selebihnya)
- asingkan kepada 2 bahagian sama banyak. masukkan salah satu perisa sirap. (ikut citarasa sendiri kepekatan warna..kalau saya 3 sudu kecil memadai)
- kemudian masukkan lapisan putih dahulu kedalam loyang yg sudah dipanaskan selama 20 minit (atau sampai keluar asap) biarkan dalam 10 minit masukkan pewarna merah pula.. dan seterusnya hingga habis adunan..dah habis biarkan masak sehingga 25 minit. (sy tgk dah gelembung tu masak ler) angkat loyang biarkan sejuk diluar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.