resepi dari makcik, mmg selalu buat banyak, pastu bawa ke office and bagi atuk kat sebelah rumah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Krabby Patty Sandwich

resepi dari makcik, mmg selalu buat banyak, pastu bawa ke office and bagi atuk kat sebelah rumah…

BAHAN-BAHAN

  • 1 pack jejari ketam
  • 1 buku roti (yang panjang)
  • 3 sudu besar mayonis
  • Daun Sadri / Sup
  • Daun bawang
  • Serbuk lada sulah / lada hitam
  • Secubit garam
  • Mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Jejari ketam direbus, setelah masak, toskan air, sejukan dan hiris nipis-nipis.
  • Hiris halus-halus daun sadri dan daun bawang, kemudian campurkan ke dalam hirisan jejari ketam.
  • Masukkan garam, serbuk lada sulah, gaul rata-rata.
  • Masukkan mayonis (boleh letak berapa banyak yg disukai), gaulkan sehingga sebati.
  • Sapu roti dengan mentega, kemudian letakkan jejari ketam yang telah disiapkan tadi. Lapikkan dengan satu lagi roti. Potong kulit roti dan potong bentuk sandwich. Dah siap untuk di ngap…
  • Nota: jejari ketam boleh juga di gantikan dengan tuna, telur rebus dan dada ayam, tapi namanya dah tak krabby patty sandwich lar..kena tukar ;-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN