Resepi dari teman serumah semasa bujang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerapu Tiga Rasa
Resepi dari teman serumah semasa bujang.
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan kerapu sederhana besar, 3 biji bawang besar (holand)- dipotong dadu, 3 ulas bawang putih – dicincang halus, 1 biji timun- dipotong dadu, 2 keping nenas- dipotong dadu, 1 sudu kecil cili boh, 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tomato,
- 2 sudu sos tiram, 1 sudu besar tepung jagung, 1 biji telur, salad, daun sup, sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
- 1) Ikan yang telah dibersihkan di salut dengan telur yang telah dicampur dengan sedikit garam dan digolekkan kedalam tepung jagung. 2) kemudian goreng ikan tersebut hingga garing dan rangup. Angkat ikan dan ketepikan dahulu. 3) Panaskan minyak, tumis bawang putih. Setelah naik bau, masukkan pula bawang besar yang telah dipotong dadu. 4) Masukkan cili boh dan gaulkan. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan gaulkan lagi. 5) Masukkan nenas dan timun yang telah dipotong dadu tadi dan gaulkan biar rata. 6) masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. 7) Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan biar rata dan terus dimasukkan ke dalam bekas yang telah diletakkan salad. Tabur daun sup/daun bawang di atasnya sebagai hiasan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.