fettucine carbonara

Fettuccine Carbonara Ikut Tekak Melayu, Resipi Ini Raih 6.1K Shares! 

Kalau sebut nak makan pasta, biasa makan spaghetti sahaja. tak pernah cuba yang lain. Tapi sesekali boleh cuba buat resipi Fettucine Carbonara ini.

Memang makan bertambahlah dibuatnya!

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Boleh je nak gunakan spaghetti kalau dah biasa makan spaghetti sahaja. Cuma nak merasa pasta yang lain tu waktu ini lah kan. Ada juga pasta jenis spiral, macaroni dan pelbagai lagi yang boleh kita cuba.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Qasih Jue Aisya ini. Katanya beliau tak menggunakan sos carbonara instant. Jom tengok cara-cara beliau!


RESIPI FETTUCCINE CARBONARA

bahan fettuccine carbonara

Bahan-bahan:

  • Fettucine – rebus dan toskan
  • Susu full cream
  • Susu sejat
  • Tepung bestari – untuk ayam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Cili hijau – cincang halus
  • Cili merah – cincang halus
  • Bawang putih – cincang halus
  • Bawang holland – cincang halus
  • Cendawan butang – potong nipis
  • 4 sudu besar butter
  • 2 keping cheese
  • 1 biji kuning telur
  • Serbuk oregano
  • Serbuk basil leaves
  • Chilli flakes
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar jus limau nipis

Cara memasak:

1. Rebus fettucine sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.

2. Kemudian, untuk ayam pula, potong kecil kemudian salut dengan tepung bestari. Masa nak goreng celup semula dalam tepung bestari baru.

3. Goreng hingga ayam agak-agak keemasan. Angkat dan toskan. 

4. Untuk kuah carbonara pula, masukkan 4 sudu besar butter,tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu.  Kemudian, masukkan cili merah, cili hijau dan cendawan butang.

5. Bila bawang, cendawan cili semua dah layu, masukkan susu cair dan susu full cream. Letak juga serbuk lada hitam, oregano ,cili flakes, telur kuning, secubit garam, cheese, 1 ketul pati kiub ayam dan bancuhan tepung gandum.

6. Kacau sehingga sebati. Jika kuah pekat tambah air sedikit demi sedikit. Tambah sedikit jus limau nipis dalam 1 sdb, untuk potong rasa lemak susu.

7. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.

8. Sedia untuk dicampurkan dengan fettucine dan hias cili flakes di atas. Siap!

fettuccine carbonara


Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN