‘streetfood’ atau snek tradisional Betawi. resipi asal menggunakan telur itik dan dimasak diatas dapur arang. sebab teringin nak makan ‘kerak telor’ ni, saya try je buat guna telur ayam dan masak menggunakan dapur gas. hehe.. (resipi dr internet)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Kerak Telor ?

‘streetfood’ atau snek tradisional Betawi. resipi asal menggunakan telur itik dan dimasak diatas dapur arang. sebab teringin nak makan ‘kerak telor’ ni, saya try je buat guna telur ayam dan masak menggunakan dapur gas. hehe.. (resipi dr internet)

BAHAN-BAHAN

  • telur ayam atau telur itik
  • beras pulut (direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
  • bawang putih (dicincang) – jika suka
  • udang kering halus
  • serunding
  • bawang goreng
  • lada sulah (pepper powder) atau chilli flakes- jika suka
  • garam untuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Perhatian: Gunakan kuali kecil untuk memasak ‘kerak telor’ ini. Jangan gunakan non-stick pan kerana ‘kerak telor’ akan jatuh bila kuali diterbalikkan.
  • Di atas api yg kecil, panaskan kuali. Kemudian masukkan sedikit pulut. Ratakan.
  • Tutup kuali untuk seketika.
  • Kemudian gaulkan pulut itu supaya tidak melekat di kuali.
  • Masukkan telur, serunding, udang kering halus, sedikit bawang putih yg dicincang, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Di sini, saya menggunakan dua biji telur ayam.
  • Gaul dan ratakan.
  • Tutupkan kuali untuk seketika.
  • Kemudian buka semula kuali. Terbalikkan kuali dan biarkan permukaan ‘kerak telor’ terkena api sekejap.
  • Matikan api dan angkat ‘kerak telor’ dari kuali. Kalau ada kerak-kerak yg termelekat tu, tuangkan saja diatas ‘kerak telor’ tu. hehe
  • Hidangkan dengan serunding dan bawang goreng. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN