resepi mudah dan sedap. sesuai utk dihidangkan ketika sarapan pagi dan bila2 masa shj.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kentang Bakar Berkeju

resepi mudah dan sedap. sesuai utk dihidangkan ketika sarapan pagi dan bila2 masa shj.

BAHAN-BAHAN

  • 5-6 biji kentang (dibersihkan dan direbus dgn sedikit garam)
  • 1 sudu besar mentega
  • 70-100 gm keju parut
  • 1/2 sdt lada sulah
  • 1 ulas bawang putih (dibakar dgn kulit, kemudian dikupas dan dicincang halus) – optional
  • daun sup (dicincang) -optional
  • secubit garam
  • kertas foil
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven dengan suhu 180C. Kentang yang telah direbus bolehlah dibelah dua atau dipotong mengikut kreativiti sendiri.
  • Keluarkan isi kentang dan letak di dalam satu bekas. Kulit kentang jangan dibuang.
  • Lenyek-lenyekkan isi kentang sehingga hancur. Kemudian masukkan mentega, lada sulah, sedikit keju parut, daun sup dan garam. Gaulkan rata2.
  • Kemudian masukkan semula isi kentang tadi ke dalam kulit kentang. Balutkan kentang dengan kertas foil dan susunkan di atas dulang pembakar. Bakar selama 10-15 minit.
  • Keluarkan kentang dari oven dan taburkan lebihan keju parut dan bakar semula sehingga keperangan.
  • Setelah masak, keluarkan dari oven dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN