Sesuai dimakan bila2 waktu..kuih ini enak dimakan ketika sudah benar2 sejuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Pisang Coklat Cip (Tanpa Telur)™

Sesuai dimakan bila2 waktu..kuih ini enak dimakan ketika sudah benar2 sejuk.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan pisang lecek
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 3/4 cawan gula perang – (boleh kurangkan jika pisang dah manis)
  • 1/2 cawan susu sejat/segar
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 sk bicarbonate soda* – (ayak bahan * bersama)
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan coklat cip (boleh dicampur kekacang atau buah2an kering jka suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Pisang lecek dan mentega cair dikacau rata dan masukkan bahan2 yang lain ikut urutan sambil dikacau hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang beralas kertas minyak dan gris.
  • Bakar kuih pada suhu 160C selama 30-40 min atau hingga kuih kelihatan garing.
  • Biar kuih benar2 sejuk baru dipotong dan sajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN