Koleksi kek lapis yang tak banyak menggunakan telur yang ada dalam simpanan…sesuai dihidangkan dimusim perayaan atau bila2 masa saja.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Lapis Evergreen Ekonomi™

Koleksi kek lapis yang tak banyak menggunakan telur yang ada dalam simpanan…sesuai dihidangkan dimusim perayaan atau bila2 masa saja.. :)

BAHAN-BAHAN

  • 250 g mentega
  • 1 cwn gula halus/kastor (210 g) (akak bubuh 3/4 cwn)
  • 6 biji telur – A (yg sejuk dr petiais)
  • 1 sk ovallete
  • 200 g susu pekat manis (1/2 tin)
  • 2 sb pandan pes
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 peket serbuk santan (50g)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri – diayak
  • 1/4 sk serbuk vanilli (opt)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula..
  • Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  • Tuang 1 1/2 senduk adunan (atau 1 senduk jika inginkan lapisan yg nipis) dan ratakan ke dalam loyang yg dialas dan digris dasarnya.
  • Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.Bakar selapis2 hingga habis.
  • Untuk lapisan terakhir,bakar dengan menggunakan api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
  • Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN