PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-04 09:13:34
Kebiasaannya, daun kesum ini sering digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan seperti Laksa, Asam Pedas, dan Kengsom. Bagi yang mempunyai halaman rumah, menanam daun kesum sangat digalakkan kerana ianya sangat untung dan menjimatkan dari segi perbelanjaan dapur.
Namun, menanam daun kesum bukanlah perkara yang mudah kerana ianya mudah kering layu dan mati sbelum naik pucuk mudanya. Ia memerlukan cara yang betul untuk memastikan daun kesum ini betul-betul menjadi tanamannya. Ini ada tips menanam daun kesum dengan cara paling mudah yang anda patut cuba. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Rosnah Ramli menerusi laman Facebook.
Bahan-bahan:
- Bekas bertutup
- Air secukupnya
- Baja AB
- Batang Kesum
- Pisau
Cara-caranya:
- Mula-mula, tebukkan penutup bekas yang membolehkan batang kesum boleh menembusi lubang tersebut.
- Kemudian, cucukkan batang-batang kayu kesum pada penutup bekas.
- Selepas siap mencucuk, campurkan air yang sudah disediakan tadi dengan baja AB dan masukkan ke dalam bekas.
- Kemudian, tutupkan bekas dan simpankan di kawasan yang redup.
Dah siap! Mudah saja kan caranya? Selepas ini anda cuma perlu memetik sahaja daun kesum dari tanaman yang sudah menjadi. Tidak perlu susah-susah lagi ke kedai untuk membelinya. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!