Tempahan Untuk Hantaran

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Belang Harimau

Tempahan Untuk Hantaran

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk dlm kek
  • 360gm mentega
  • 8 biji telur
  • 1 gelas gula
  • 1 s/m ovellete
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 s/m coklat emulco
  • 1 s/t pewarna oren
  • 1 s/m perasa oren ( boleh gunakan jus oren )
  • 1 1/2 gelas tepung hong kong
  • Bahan – bahan luar kek
  • 8 biji telur
  • 1 gelas gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 s/m ovellete
  • 360gm mentega
  • 1 gelas tepung hong kong
  • 50gm Santan serbuk
CARA PENYEDIAAN
  • Cara membuat dalam kek
  • Mentega dan gula di pukul hingga kembang
  • masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
  • MAsukkan ovellete dan pukul lagi.
  • MAsukkan tepung dan terus dipukul.
  • Masukkan susu pekat. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian
  • Satu bahagian masukkan coklat emulco. Satu bahagian lagi masukkan pewarna oren & perasa oren
  • Bakar warna oren dahulu kemudian barulah di lapis dgn warna coklat. Buat hingga habis adunan. Bila sudah sejuk masukkan dlm peti sejuk.
  • Potong kek guna penyukat lebar kek lapis. Selebar 1 inci dan kek tersebut akan menjadi segi empat.
  • Dari segi empat tu, potong 2, ia akan jadi segi tiga.
  • Jangan buang lebihan kek. Potong segi empat lagi dan kemudian dihiris nipis – memanjang.
  • Cara membuat Luar kek
  • Sama seperti membuat dlm kek hingga no 5. Tak perlu bahagikan adunan
  • Bakar adunan pertama seperti membuat dalam kek.
  • Kemudian adunan kedua dan di masukkan kek yang telah dihiris- memanjang. Tekan sedikit dan bakar
  • Masukkan adunan lagi dan bakar hingga kekuningan.
  • Kemudian barulah di susun kek segitiga tadi. Lekatkan dgn menggunakan jem atau susu pekat.
  • Bakar lagi. Dan masukkan lagi adunan seperti langkah no 14 hingga 16.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN