kek coklat tanpa menggunakan telur. amat mudah dan cepat utk disediakan! sesuai untuk beginner mcm saya..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat tanpa telur
kek coklat tanpa menggunakan telur. amat mudah dan cepat utk disediakan! sesuai untuk beginner mcm saya..
BAHAN-BAHAN
- 1 cwn tepung gandum *
- 3 sudu besar serbuk koko *
- 1 sudu kecil baking powder *
- 1 susu kecil baking soda *
- 1 cawan gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/3 cwn minyak sayur / minyak masak
- 1 sudu besar cuka
- 1 cwn air sejuk
- 1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Ayak bahan2 yg bertanda *.
- Dlm mixing bowl, masukkan bahan yg telah diayak tadi. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
- Sesudah sebati, masukkan semua kandungan cecair (minyak, cuka, esen vanilla dan air)
- Kacau adunan hingga semuanya sebati
- Masukkan dlm loyang yg telah siap di gris
( boleh juga dibakar dlm acuan kek cawan ) - Bakar dlm oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit
* untuk kek cawan saya bakar pada suhu 155 darjah selama 15 minit sahaja
- Bila dah masak boleh dihias mengikut citarasa masing2, buttercream ataupun fresh cream.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.