Senang sangat nak buat… Ringkas. Resipi daripada kawan sepejabat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Best

Senang sangat nak buat… Ringkas. Resipi daripada kawan sepejabat.

BAHAN-BAHAN

  • Satu setengah mentega (375 gram) – dicairkan
  • 1 tin susu cair Ideal
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum – diayak
  • 1 cawan serbuk koko – diayak
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega. Kemudian masukkan susu cair. (Pastikan mentega cair sepenuhnya sebelum masukkan susu).
  • Masukkan gula. Kacau sehingga gula cair dan sebati. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian tutup api. Biarkan aduan suam sedikit.
  • Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  • Kacau telur sehingga berbuih. (Saya biasa kacau guna garpu je…hehehe).
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam aduan yang telah disuamkan tadi. Kacau hingga sebati. (Pastikan telur tidak berketul).
  • Kemudian, masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam aduan. Kacau sebati. (Pastikan adunan tidak berketul).
  • Panaskan oven. Isikan aduan ke dalam loyang. Bakar dalam suhu 170 darjah Celcius selama lebih kurang 30-40 minit. Kek ini juga boleh dikukus. kalau kukus – perlu dikukus selama satu setengah jam. (Kek yang dikukus biasanya lebih lembap).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN