premium thai butter cake

Dah cuba ke premium thai butter cake ni? Kek ni beza tau dengan butter cake yang biasa tu. Kalau dijadikan bekal anak-anak mesti mereka seronok.

Paling penting kek ni lembut sangat macam makan aiskrim. Sekali makan cair dalam mulut. Peminat kek wajib cuba resipi ni.

premium thai butter cake

Resipi Premium Thai Butter Cake

Bahan-bahan:

  • 265g tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 245g telur (agak-agak dalam 5 biji telur gred B)
  • 200g salted butter (tambah 1 sudu kecil garam kalau guna unsalted butter)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100g gula kastor
  • 100g gula aising (saya ganti dengan susu pekat manis)
  • 1 sudu emulco pandan
  • 1/2 sudu besar ovalet
  • 110ml santan/susu segar

Cara-cara:

  1. Mix butter, gula, dan ovalet hingga kembang/pucat dalam 6/7 minit dengan high speed.
  2. Masukkan telur satu-persatu sambil mix hingga sebati. Jangan lupa masukkan esen vanila dan emulco pandan.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar/santan.
  4. Teruskan mix dalam 2/3 minit.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.
  6. Sediakan satu loyang yang lebih besar. Letakkan kain basah dalam loyang tersebut. Kemudian letakkan loyang kek di atasnya.
  7. Bakar kek pada suhu 170°, api atas bawah selama 45 minit. Kemudian tukar kepada api bawah sahaja dan teruskan bakar selama 20/30 minit atau sehingga masak. Bakar di rak tengah ya.
  8. Bila kek dah masak, biarkan sejuk dahulu. Kemudian keluarkan dari loyang. Boleh potong terus kalau nak makan. Kalau simpan semalaman dalam peti sejuk, makan esok lagi sedap. Selamat mencuba.

premium thai butter cake

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Baca juga:

Resipi Premium Royal Thai Buttercake Versi Coklat, Memang Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN