Resipi ni saya dapat dari kawan nama Liza..dia bagi nama kek buah sempoi tapi kat sini saya tambah nama dia la..memang senang, setiap kali buat, jadi..tak pakai telur dan gula, rasa dia pun tak manis sangat. Kira manis-manis buah begitu. Antara resipi kegemaran..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Buah Sempoi Liza

Resipi ni saya dapat dari kawan nama Liza..dia bagi nama kek buah sempoi tapi kat sini saya tambah nama dia la..memang senang, setiap kali buat, jadi..tak pakai telur dan gula, rasa dia pun tak manis sangat. Kira manis-manis buah begitu. Antara resipi kegemaran..

BAHAN-BAHAN

  • 250gm mentega
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 kotak buah-buah campuran
  • 1 cawan air masak
  • Bahan A:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji oren diambil jus dalam 1/2 cawan ( kalau takda, guna jus dalam kotak atau bancuh kordial jadi 1/2 cawan)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN
  • Campur mentega, susu pekat, buah-buahan dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair semua. Angkat dan biar sebentar, masukkan dalam peti semalaman. (Kalau nak buat esok pagi, masak malam ni dan simpan dalam peti di bahagian biasa tau..bukan pembeku).
  • Keluarkan dan biar dalam 1 jam. Lepas tu campurkan dengan semua bahan A. Kacau dengan senduk, sebati.
  • Masukkan dalam loyang yang dialas kertas dan digris. Bakar hingga masak ikut oven (saya masak dalam 1 1/2 jam).
  • * Simpan semalaman supaya jus dari buah tu meresap sekali..warna kek pun perang sbb kismis dan adunan ni agak pekat, jangan risau. Buah-buah pun sekata, tak mendap..*

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN