ayam masak merah simple

Resipi ayam masak merah ini cukup sinonim dengan menu kenduri kahwin. Masakan ini ada pelbagai versi, namun ayam masak merah simple ala kampung tetap menjadi pujaan hati.

Kalau teringin nak makan ayam masak merah ala kampung, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di bawah. Mudah dan sedap, memang sempoi.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Thai, Lengkap Dengan Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE ALA KAMPUNG

Bahan dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering

Bahan sos:

  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap

Bahan-bahan lain:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1/2 ekor ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit
  • Herba 4 sekawan

Cara memasak:

1. Gaul ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.

2. Satukan bahan sos di dalam mangkuk. Senang untuk dituangkan ke dalam masakan nanti.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.

ayam masak merah simple

4. Terus masukkan 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masuk bahan sos. Kacau lagi.

6. Masukkan juga air 1 cawan. Kena kacau lagi. Biarkan mendidih sikit.

7. Boleh letakkan ayam dan gaul rata sehingga mesra.

ayam masak merah simple

8. Akhir sekali tabur bawang yang dihiris bulat. Gaul dan biarkan seketika.

9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ayam masak merah simple

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Teknik Betul Masak Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Negeri Sembilan’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN