Resepi yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Pencuci mulut yang mudah disiapkan dan jadi kesukaan kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Biskut Segera

Resepi yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Pencuci mulut yang mudah disiapkan dan jadi kesukaan kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus biskut manis (apa-apa jenis biskut yang disukai)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan serbuk coklat (Milo pun boleh)
  • 125gm coklat masakan
  • Satu sudu teh marjerin
  • Coklat manik untuk hiasan
  • Krim segar segera untuk hiasan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu segar (tak perlu sampai mendidih).
  • Masukkan serbuk cokolat dan bancuh sampai rata.
  • Celupkan biskut manis tadi.
  • Susun dalam pinggan (ikut suka cara menyusun).
  • Panaskan coklat cair bersama marjerin (saya panaskan dalam microwave selama 1 min dan kacau sampai rata dan cair).
  • Tuangkan coklat yang telah cair ke atas susunan biskut.
  • Ratakan sehingga menutupi semua biskut.
  • Taburkan dengan coklat manik.
  • Kemudian hiaskan dengan krim segar (jika suka).
  • Potonglah kek biskut yang telah siap.
  • Boleh dibuat sebagai pencuci mulut atau minuman petang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN