PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-24 05:37:17

Gastrik selalu dikaitkan dengan rasa sakit pada bahagian perut atau hulu hati. Perkara ini biasanya terjadi disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut. Untuk mengelakkan berlakunya gastrik, perlu sentiasa isi perut dengan makanan untuk mengurangkan angin dalam badan. Jadi apa yang perlu dielak sewaktu gastrik? 

1. Makanan Bergoreng

Photo Credit: medicalxpress.com

Secara amnya, makanan bergoreng memang dah tak sihat untuk kita. Minyak berlebihan tak bagus untuk perut. Elakkan makanan bergoreng terutamanya kalau gastrik. Memang sedap, tapi jagalah kesihatan tu.

2. Makanan Dalam Tin

Photo Credit: recipes.howstuffworks.com

Makanan dalam tin mempunyai kandungan asid yang lebih tinggi berbanding dengan makanan segar. Makanlah kalau perlu sahaja tapi jika ada alternatif pilihlah yang segar dan lebih sihat untuk jaga perut tu.

3. Makanan Kandungan Asid Tinggi

Photo Credit: rgbstock.com

Admin nak galakkan korang makan buah dan sayur, tapi malangnya kalau nak elakkan gastrik, ada sesetengah sayur dan buah yang korang kena elak. Makanan yang asidnya tinggi macam tomato, oren dan limau perlu sangat dielakkan untuk menjaga perut agar tidak terkena gastrik.

4. Makan Banyak

Photo Credit: triathlete.com

Masa makan tu cuba jangan gelojoh ok guys. Tahu lapar tapi kawal diri daripada makan gaya macam tak jumpa makanan setahun.  Ni lah yang buat perut kembung dan terkejut sebab tetiba banyak makanan masuk perut daripada kosong je sebelum tu.

5. Makanan Pedas

Photo Credit: therakyatpost.com

Tidak membantu ye kawan-kawan. Tahu sedap ramen korang tu tapi kalau nak elak berlakunya gastrik tolong jangan makan. Sambal ke, ramen ke apa-apa je lah yang pedas. Nanti perut rasa binasa!

So InshaAllah ikut langkah-langkah ini dan dengan lafaz Bismillah korang mesti sihat. Jangan lupa ye, kesihatan tu penting. Kalau tak jaga, esok-esok nanti sakit!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN