Mari buat kek hari lahir sendiri..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Birthday

Mari buat kek hari lahir sendiri..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk kek span:
  • 3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 190 gm gula (kalau kek biasa 175 gm)
  • 5 sudu kecil serbuk koko (boleh diganti dengan pewarna (hijau) dan perasa (pandan))
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 200 gm mentega
  • **Untuk Aising**
  • – 1 kotak krim putar
  • – 3 sudu gula
  • – pewarna
  • **Hiasan**
  • -boleh dihias dengan strawberi, ceri dan lain-lain
CARA PENYEDIAAN
  • Putar putih telur dengan gula sehingga kembang berwarna putih.
  • Masukkan telur kuning. Pukul sebentar. Kemudian masukkan mentega.
  • Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
  • Masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar. Suhu 160C, masa 55 minit. Kalau tak masak boleh tambah masa lagi.
  • Untuk aising, putar krim dengan gula sehingga agak keras. Masukkan pewarna mengikut kegemaran.
  • Sapu aising pada kek dan boleh lah dihias mengikut kesukaan. (Kek hendaklah dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diletak aising).
  • Contoh hiasan kek.
  • Kek yang telah dipotong.
  • Lagi contoh kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN