Jus kesihatan yang sedap diminum bersama ais batu…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jus Peria
Jus kesihatan yang sedap diminum bersama ais batu…
BAHAN-BAHAN
- 500 ml air
- 2 biji epal hijau – yang telah dibuang biji dan empulurnya
- 1 biji peria katak – bersaiz kecil
- 1/3 lobak merah – dipotong kecil
- 1 pelepah seleri – potong kecil (jika suka)
- 2 biji timun – potong kecil
- 1 biji limau nipis / limau kasturi – jus sahaja
- Madu (jika suka)
- Air gula – 1/2 cawan gula + 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan semua buah-buahan dan sayur-sayuran kemudian dipotong kecil – tujuannya senang nak kisar.
- Masukkan semua buah dan sayur serta air dalam pengisar dan kisar kemudian tapis…
- Masukkan jus limau, madu dan air gula….
- Hidang dengan ais batu…atau pun boleh letak yogurt untuk jadikan lassi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.