jeruk mangga muda sedap resepi mama

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jeruk Mangga Muda Bersira Pedas Liza

jeruk mangga muda sedap resepi mama

BAHAN-BAHAN

  • buah mangga muda
  • 1 kampit garam
  • 4 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 6 cawan air
  • cili kering
CARA PENYEDIAAN
  • petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya…potong dan belah 4…kalau buahnya kecil, belah 2 shj…buang bijinya…basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya…
  • rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan…
  • jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana…boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat…air gula ini dibiarkan sejuk…
  • cili kering dijerang bersama air…kemudian, dikisar…buat ikut selera sendiri…kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak…kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu…
  • satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi…gaul rata-rata…masukkan sedikit garam secukup rasa…isikan ke dalam botol…biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap…sedap dimakan sejuk…jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi…jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis :P

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN