Belajar sendiri dan menjadi kegemaran keluarga
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Inti Karipap, Sedap dan Mudah
Belajar sendiri dan menjadi kegemaran keluarga
BAHAN-BAHAN
- 5 biji kentang (Kalau besar buat 4) – Potong dadu
- 2 biji Bawang Merah Besar (Medium)
- 4 ulas Bawang Putih
- 3 sb Serbuk Kari
- 1/4 cawan Ikan Bilis
- Asam Keping (Kecil)
- Air secukupnya
- Minyak masak (Untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN
- Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, kan Bilis dan Serbuk Kari.
- Tumis bahan2 yang dah dikisar tadi sehingga masak. (Jangan basuh blender lagi, masukkan air separuh blender dan ketepikan)
- Masukkan kentang yang telah dipotong secara dadu tadi. Masukkan air yang telah dituang ke dalam blender tadi ke dalam kuali (untuk melembutkan kentang). Sekiranya kentang masih keras, tambahkan lagi air sehingga kentang lembut seperti yang dikehendaki.
- Masukkan garam dan asam keping. Kecilkan api dan sentiasa kacau selang 2 minit supaya tak hangus.
- Rasa masakan anda dan tambah garam sedikit serbuk perasa sekiranya perlu.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.