Ada pelbagai resipi yang boleh dicuba untuk hasilkan kuih gunting rangup dan sedap. Sekali makan, memang tak berhenti mengunyah.

Satu satu resipi yang boleh dicuba adalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Wawa Harmansah di bawah.

Cara membuatnya juga cukup mudah, hanya memerlukan 2 bahan iaitu tepung cucur segera dan juga santan kotak.

Sesuai dijadikan kudapan untuk Hari Raya nanti. Confirm semua akan suka tidak kira muda atau tua. Jom cuba!  

Baca juga: Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap

KUIH GUNTING RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Satukan 1 bungkus tepung cucur udang adabi bersama suku kotak santan.

2. Uli kedua-dua bahan sehingga ianya sebati. Kemudian, masukkan pula air sedikit demi sedikit untuk elakkan doh menjadi lembik.

kuih gunting rangup

3. Bila dah jadi doh, boleh gunting-gunting doh tersebut dan sedia untuk digoreng sehingga garing.

4. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

kuih gunting rangup

Kredit resipi dan gambar: Facebook Wawa Harmansah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: ‘Stop’ Makan Jajan Mengarut, Ganti Dengan Snek Granola Ini. Lebih Sihat, Mudah & Mengenyangkan!

Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending