Masak ni memang tak sampai 1/2 jam pun masak..sekejap sangat..mudah & express..sesuai untuk wanita berkerja cam saya..hehe
Selamat Mencuba..!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Siakap 3 Rasa Express (Aslieya’s Resepi)

Masak ni memang tak sampai 1/2 jam pun masak..sekejap sangat..mudah & express..sesuai untuk wanita berkerja cam saya..hehe
Selamat Mencuba..!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
  • – Bahan2 Dihiris –
  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • Sebatang Serai
  • 5 Biji Cabai Burung
  • 1/2 cm Halia
  • Setangkai Cabai Besar Warna Merah
  • -Bahan2 Lain-
  • 3 Sudu Kecil Asam jawa (dibancuh dengan 1 cawan air)
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Cili Kisar
  • Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ikan siakap dengan kunyit & garam dan ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 3 sudu makan minyak bekas gorengan ikan tadi.
  • Tumis semua bahan yang dihiris sehingga naik bau.
  • Masukkan Cili Kisar & Sos Tiram
  • Masukkan asam jawa yang sudah dibancuh
  • Masukkan gula ikut citarasa masing2 (Saya suka bubuh gula lebih sbb nak kurangkan masam asam jawa)
  • Tunggu dalam 5 minit.
  • —Tips—Tak perlu bubuh garam sebab Sos Tiram & ikan siakap tu dah masin.
  • Tuangkan di atas Ikan Siakap yang digoreng tadi & hidangkan
  • ***Sesetengah orang tambah nenas & tomato untuk rasa masam manis, tapi rasanya resepi ni dah cukup untuk makan 2 org..hehe
  • ***Ada jugak yang tambah dengan sos tomato & sos cili tapi rasanya jadi cam ikan masak masam manis je..tapi yang penting resepi ni ikut citarasa sendirik..hehe

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN