pelbagai cara bolih dimasak ikan percik ni..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Percik Mudah
pelbagai cara bolih dimasak ikan percik ni..
BAHAN-BAHAN
- 5 ekor ikan kembong
- 4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
- 5 ulas bawang merah (Kecil )
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji lada kering ( nak pedas bolih tambah lagi )
- 3 keping asam keping
- 3 batang serai
- 1 ” halia, 1 ” kunyit hidup, 2 sudu kecil garam, 1 1/2 sudu makan gula dan sedikit ajinomoto ( Kalau suka )
- BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP IKAN
- 2 ” halia
- 2 ” kunyit hidup ( kunyit serbuk pun bolih )
- 2 sudu kecil garam
- sedikit ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
- Ikan yang telah dibersihkan di gaul dengan bahan perap sebentar kemudian dipanggang. Bila dah masak ketepikan.
- Lada kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat. Bolih juga diblend tapi mama suka ditumbuk sebab nampak kepingan lada kering tu.. Serai dititik. Satukan bahan2 tersebut bersama santan, garam, asam keping, aji dan gula kedalam kuali. Masak sehingga agak pekat..rasa dulu..kalau kurang garam bolih ditambah lagi..
- Masukkan ikan yang telah dipanggang tadi. Balik-balikkan ikan tersebut biar bersalut dengan santan tadi..Biarkan sebentar..
- Tutup api dan siap untuk dihidangkan..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.