menu ni favorite no 1 dayang. Sila cuba jika berminat. Keenakannya mmg tak dapat nak dihuraikan dgn kata2….Selamat Mencuba!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Honey Prawns
menu ni favorite no 1 dayang. Sila cuba jika berminat. Keenakannya mmg tak dapat nak dihuraikan dgn kata2….Selamat Mencuba!
BAHAN-BAHAN
- 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
- 1 labu bawang besar*
- 1 biji cili merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
- 2-3 biji cili api (diketuk)
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- 1/2 sudu besar kicap pekat
CARA PENYEDIAAN
- Kisar bahan2 bertanda *.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
- Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
- Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
- ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.