Resepi ciptaan sendiri – Ala- ala Western

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fried Macaroni Seafood

Resepi ciptaan sendiri – Ala- ala Western

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket daging cincang(Ramly Burger)/600 gm daging – cincang sendiri (lagi sedap)(utk resepi ni guna daging ayam)
  • 1 paket makaroni(direbus dan tos)
  • 300 gm sotong – potong ikut suke
  • 400 gm udang sederhana – buang kulit
  • 200 gm sayur campur
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 2 ulas bawang besar di cincang
  • 6 ulas bawang putih di cincang
  • 5 camca besar cili kering yang dikisar
  • sedikit minyak masak
  • 1 paket keju utk tabur(parmesan keju)
  • garam secukup rasa
  • Hiasan
    daun bawang & daun sup dihiris
    atau English Pasley/Daun Ketumbar
CARA PENYEDIAAN
  • goreng daging cincang dgn sedikit minyak hingga masak.(ketepikan)
  • tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
  • masukkan lada dan goreng sehingga garing , masukkan sotong dan udang kacau smp masak dan masukkan tomato puree
  • masukkan sayur campur
  • masukkan makaroni dan daging kacau sehingga masak. Angkat dan dihiaskan.
  • Cadangan Hidangan:
    taburkan daun sup & daun bawang, untuk lebih sedap lagi boleh taburkan keju (tp mmg slalu taruk keju)
  • Tambahan:
    boleh dijadikan menu utk parti hari jadi kanak kanak sebab rasanya tidak pedas.Kalau nak pedas buat cili api potong direndam bersama kicap dan sedikit air limau nipis…emmmm dappp nya…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN