Kek yang mewah dengan lapisan kastard durian… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Durian Custard Layer Cake™

Kek yang mewah dengan lapisan kastard durian… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kek span 9 inc. atau 1 adunan kek optima plain… http://www.myresipi.com/top/detail/11424
  • Kastard Durian :-
  • 250 g isi durian
  • 1000 ml santan cair
  • 300ml santan pekat
  • 1 peket serbuk agar2 (12g)
  • 6 sb tepung kastard
  • 200g gula halus
  • 1/4 sk garam
  • sedikit pewarna kuning lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar isi durian bersama santan cair hingga halus, tapis ke dalam periuk dan campur kesemua bahan lain dan kacau rata. Masak hingga pekat. Ketepikan.
  • Kek dibelah dua bahagian. Ambil sekeping kek span dan bubuh ke dalam loyang. Tuangkan 1/3 bahagian kastard durian dan ratakan.
  • Tindihkan kek span yang kedua dan tuang lebihan kastard dipermukaan dan tepi kek sambil dihentak2 perlahan hingga rata. Masukkan loyang berisi kek ke dalam peti ais sebentar hingga custard beku.
  • Keluarkan kek dari loyang dan hias dengan lebihan kastard yang ada atau boleh dihias dengan kepingan badam yg dipanggang atau kelapa parut kering.
  • Enak dihidangkan dingin…sesuai dijadikan sumber mata pencarian juga… :)
  • Kalau ada lebihan kastard durian, bubuh dalam acuan kecil2, jadikan puding dan hidangkan dingin… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN