muruku cheese

Siapa dekat sini peminat muruku cheese? Sempena Deepavali nanti, jom kita buat sendiri di rumah versi yang ada cheese ini. Sedap tau buat kunyah-kunyah!

Macam yang kita semua tahu muruku merupakan sejenis makanan yang berasal dari India. Perkataan muruku ini berasal dari bahasa Tamil yang bermaksud ‘berpusar’.

Samalah macam tekstur muruku yang berbentuk pusaran dan sangat rangup apabila masuk ke dalam mulut.

Baca juga: Teringin Nak Rasa ‘Pani Puri’? Ini Cara Membuatnya

Muruku boleh dimasak dengan perisa asli atau menggunakan cheese. Dan bahan-bahan yang digunakan juga tak renyah. Jadi memang mudah.

Resipi Muruku Cheese ini telah dikongsikan oleh Nazri Ahmad menerusi Facebook. Beliau mengadun ke semua bahan mengunakan mesin falcon dan terus membentuk muruku kemudian menggoreng dengan kuantiti minyak yang banyak.

Jom kita ikuti satu persatu bahan dan cara-cara di bawah.


Resipi Muruku Cheese


Bahan-bahan:

  • 500g tepung pulut
  • 100g cheddar parut
  • 100g gula aising
  • 2 biji telur
  • 180ml air
  • 2 sdb maggi secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Menggunakan mesin falcon, masukkan semua bahan ke dalamnya. Boleh juga diuli guna tangan hingga sebati.


2. Bila dah sebati, tekan butang acuan pada mesin untuk mengeluarkan adunan muruku sambil dibentuk berpusar di atas tapak tangan. Buat sehingga semua adunan habis.


3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng muruk cheese.

4. Angkat bila muruku kelihatan kekuningan dan toskan. Siap!


Bila dah siap, boleh letak muruku cheese tersebut dalam balang atau seal dalam plastik supaya tak masuk angin.

Kebiasaanya muruku akan dijadikan juadah kuih ketika perayaan Deepavali untuk dihidangkan kepada tetamu.

Semoga resipi ini bermanfaat pada yang ingin mencubanya di rumah.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN