Resipi sambal yang ringkas. Untuk peminat sambal. Sesuai dimakan bersama nasi, roti atau cucur tepung.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging Sambal Halia
Resipi sambal yang ringkas. Untuk peminat sambal. Sesuai dimakan bersama nasi, roti atau cucur tepung.
BAHAN-BAHAN
- Bahan Perap:
- 1/2 kg daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit dan halia (saiz ibu jari – dihiris, kalau halia lagi banyak lagi sedap)
- Bahan Kisar (Tumis):
- 15-20 tangkai cili kering
- 2 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Halia (1-2 inci)
- Bahan Hiris: 1 ulas bawang besar
- 1 cawan air asam
- Tips: Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan). Kemudian, goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak.
CARA PENYEDIAAN
- Perap bahan-bahan perapan tadi. Perap dan simpan di dalam peti sejuk (20-30 minit).
- Kisar bahan-bahan untuk dikisar.
- Panaskan kuali…masukkan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar.
- Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi ke dalam kuali.
- Tunggu hingga daging masak dan cili menjadi garing.
- Jika daging susah hendak empuk, masukkan air ke dalam tumisan. Biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk.
- Bila tumisan menjadi garing dan berminyak serta daging telah empuk, masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sedikit).
- Masukkan air asam jawa ke dalam tumisan…biarkan menggelegak dan pekat (kepekatan ikut selera, tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak).
- Bila sudah makin pekat, masukkan bawang besar tadi. Kacau sehingga rata. Kalau anda rajin, boleh masukkan kentang goreng yang telah siap digoreng.
- Siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.