Resipi dari kelas memasak KEMAS…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Dadih Nyum Nyum
Resipi dari kelas memasak KEMAS…
BAHAN-BAHAN
- Sedikit agar-agar
- 6 cawan air
- 1 cawan susu tepung (apa-apa jenama)
- 1 keping asam gelugor
- 2 cawan air panas
- Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Masak agar-agar dengan air di atas api kecil hingga hancur. Masukkan asam gelugor.
- Bancuh gula dan susu tepung dengan air panas. Kemudian masukkan ke dalam agar-agar. Kacau hingga sebati.
- Biarkan mendidih. Buangkan asam gelugor. Masukkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalam mangkuk dadih anda.
- Sejukkan. Boleh dihidangkan.
- Petua : Jangan masak agar-agar di atas api yang kuat kerana air akan cepat kering dan agar-agar anda akan lambat hancur. Gunakan hanya sedikit kuantiti agar-agar untuk mengelakkan dadih anda menjadi keras seperti agar-agar biasa. Agar-agar dalam kuanititi yang sikit ini berperanan untuk mengeraskan sedikit tekstur dadih anda sahaja.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.