maggi goreng malas

Malam-malam lapar tapi tiada idea nak masak apa? Apa kata jom cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini.

Waktu malam kalau boleh nak masak sesuatu yang simple je kan. Sesuai sangat kalau buat meggi goreng malas ni.

Ayuh lihat cara-cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Nohafizul Noor di laman sosial Facebook.

Resipi Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah

Bahan-bahan:

  • Bawang sebiji
  • Cili 3 biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Meggi 3 keping
  • Sos cili
  • Kicap
  • Telur
  • Sayur pilihan
  • Garam

Cara-cara:

1. Tumis bawang dan cili.

2. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu.

3. Masukkan air segelas, sos cili, kicap dan sebiji telur.

maggi goreng malas

4. Masukkan sawi dan kacau supaya maggi masak sekata.

5. Kacau dan masukkan sebiji telur lagi. Tambahkan garam, kicap dan sos cili secukup rasa.

maggi goreng malas

6. Bila air dah kering dan secukup rasa, dah boleh hidang dan makan.

Selamat mencuba!

maggi goreng malas

Kredit: Nohafizul Noor

Baca juga: Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Toew Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN