kerabu bayam brazil

Pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan bayam brazil. Selain masak lemak atau celup tepung, ada satu resipi mudah yang boleh anda cuba iaitu resipi kerabu bayam brazil bersama mangga epal.

Cara membuatnya sangat mudah tapi sangat sedap! Bila bahan dah tersedia, tinggal gaul saja dan siap untuk dihidangkan.

Kalau ada yang terliur nak cuba rasa, jom buat sendiri menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Saudari Mimi Mahmud di bawah.

Resipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga epal – mayang halus
  • 1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut anggaran RM1  dalam 1 cawan)
  • Santan RM1 (anggaran 1 cawan)
  • Udang kepal secukupnya (udang geragau kering)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat.

2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan.

3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Mimi Mahmud

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN