Resipi emak saya, telefon pagi tadi terus buat. Teringin nak makan sangat. Ini saya kongsi untuk semua. Minggu ni minggu cucur lah.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cucur Badak
Resipi emak saya, telefon pagi tadi terus buat. Teringin nak makan sangat. Ini saya kongsi untuk semua. Minggu ni minggu cucur lah.
BAHAN-BAHAN
- Kulit:
- 2 biji keledek saiz besar
- 1 cawan tepung gandum
- Garam
- Inti:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1 cawan udang kering
- 2 biji bawang besar
- 5 batang serai
- 1 sudu kecil kunyit serbuk
- 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing-masing)
- 1 sudu besar minyak masak
- Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
- Inti: Kisar cili kering + serai + udang kering dan bawang dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, kisar sekali. Kisar sekejap je. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
- Kulit: Rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dengan tepung. Buat masa panas-panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jangan terlalu banyak nanti tak sedap.
- Selepas itu buat doh kecil-kecil . Ambil satu buat melengung. Tip: Semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat, kerja pun cepat dan senang.
- Letakkan inti dan tutup kembali.
- Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk disantap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.