udang belon Thai

Makanan Thailand sentiasa menjadi kegemaran kebanyakan rakyat di Malaysia. Kedai masakan Thailand juga boleh dikatakan ‘belambak’ di sini, tak perlu risau kalau tiba-tiba mengidam. Salah satu menu yang menjadi kegilaan ramai iaitu udang belon Thai.

Bila digigit, ia sangat rangup dan lembut di dalam. Lagi sedap kalau makan dengan sos pencicah, nikmat yang amat sangat! Kalau tiada sos, ratah pun boleh tahan sedap.

Cara membuatnya juga sangat senang, hanya perlu menggunakan 4 bahan. Kalau ada yang mahu cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Fatyma Idris. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Udang Belon Thai Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
  • Telur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  • Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.

  • Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)

  • Masukkan air secukupnya. Tak nak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.

udang belon Thai

  • Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.

udang belon Thai

  • Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

udang belon Thai

Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Kredit: Fatyma Idris

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN