Kepada penggemar kek keju, pasti tidak tahan dengan kek ni….memang selembut & segebu kapas :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Kepada penggemar kek keju, pasti tidak tahan dengan kek ni….memang selembut & segebu kapas :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 250g krim keju
  • 50g mentega
  • 100 ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 60g tepung kek / tepung halus (‘superfine’)
  • 20g tepung jagung
  • Bahan B:
  • 140g gula pasir
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Adunan A: Cairkan krim keju, mentega dan susu dengan teknik ‘double boiler’. Bila dah cair, sejukkan adunan krim keju tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan krim keju dan gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).
  • Adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih (‘foamy’). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (‘soft peak’).
  • Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawahnya & tepi tu salut dengan kertas. Tuang adunan kek ke dalam tin kek.
  • Bakar kek dalam kira-kira sejam, dengan cara ‘au bain-marie’ (‘waterbath’), pada 160C/325F. Pada sesiapa yang kurang pasti ‘waterbath’ tu macam mana, buatnye senang je. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan lapisan aluminunium (ni untuk melindung agar air tak masuk, saya tak yakin tu yang buat macam tu hehe, kalau tak mahu buat boleh je). Kemudian, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak dalam oven untuk dibakar).
  • Ni kek yang baru siap bakar, terlebih perang hihi (oven buat hal kejap, petanda kena beli oven baru kot).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN