anak main tepung

Lumrah sebagai ibu bapa, setiap hari pasti pening kepala melayan kerenah anak-anak yang semakin membesar.

Tambahan pula, jika mereka sudah ‘dapat kaki’ pandai menyepahkan rumah. Kalau tak main bedak, mesti sepahkan mainan satu rumah.

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita terkejut melihat rumahnya dipenuhi dengan tepung.

Ibu keluar pergi klinik, balik-balik rumah tengok anak syok main tepung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zatyaf, kelihatan dia baru saja pulang dari klinik untuk check up bayinya.

Namun, apa yang mengejutkannya adalah apabila sebaik saja tiba di rumah, dia mendapati dua orang anak perempuannya sedang menyepahkan dapur dengan 9kg tepung gandum.

Malah, tepung itu penuh hingga ke depan rumahnya. Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kedua-dua budak itu langsung tidak ada rasa bersalah dan membuat muka selamba saja apabila dimarahi oleh ibu mereka.

@zatyaf

kenangan xkan dilupakan… bila mama keluar cheq up baby…papa keje mlm..gini la jadi🤣bersabar la duhai semua yg bergelar ibu

♬ bunyi asal – Aisy@Aniq – Aisy@Aniq

“Tak apa kak, nanti jadi topik borak time raya.”

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.1 juta tontonan, 52K tanda suka serta 5.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu.

Malah, ada yang berseloroh berkata mungkin mereka terpengaruh dengan video TikTok daripada Ryan Bakery yang terkenal dengan menepek bedak satu muka dalam setiap videonya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sumber: TikTok @zatyaf

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN