Cepat dan senang dibuat serta enak dimakan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coklat Badam

Cepat dan senang dibuat serta enak dimakan..

BAHAN-BAHAN

  • 400g coklat susu ( dark chocolate compound / milk chocolate compound
  • 10g mentega kacang
  • 55 biji badam butir (dipanggang)
  • cup cake/ pembungkus coklat secukupnya
  • Acuan coklat berbagai bentuk disukai.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan mentega kacang kacau rata.
  • Apabila setengah coklat dah cair tutup api segera dan kacau sehingga semua coklat cair dan sebati dengan mentega kacang.
  • Terus kacau sehingga coklat sejuk ~ 28 – 30’C (Guna kaedah tempering lagi elok)
  • Sudukan atau paipkan coklat 1/2 acuan dan bubuh badam, kemudian tutup dengan coklat hingga penuh acuan.
  • Hentak2 perlahan agar tiada udara terperangkap dalam acuan.
  • Simpan dalam peti ais ~ 15 minit sehingga coklat lekang dan senang di keluarkan.
  • Terbalikkan acuan dan hentak sikit coklat akan jatuh jika cukup sejuk…
  • Boleh dibungkus dengan kertas pembungkus coklat / masukkan dalam paper cup.. sedia di makan..
  • * Jika nak berwarna-warni guna warna oil base dijual kat kedai bahan buat kek..Tapi guna coklat susu yang berwarna putih..Selamat mencuba coklat sendiri..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN