Resepi saya yang baru dimasak hari ini. Sesuai untuk mereka yang nak cuba resepi baru..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Coca Cola Chicken
Resepi saya yang baru dimasak hari ini. Sesuai untuk mereka yang nak cuba resepi baru..
BAHAN-BAHAN
- Ayam seekor (dipotong kecil)
- Halia 1 inci (dipotong panjang)
- Daun bawang (Dipotong panjang)
- Kicap cair 3 sudu besar
- Kicap pekat 2 sudu besar
- Gula 1 sudu besar
- Serbuk perasa secubit
- Cili padi 5 biji (Dihiris)
- Cendawan telinga gajah 8 keping
- Garam secukup rasa
- Coca Cola 1cawan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali , masukkan minyak. Setelah minyak panas masukkan ayam & cendawan .
- Kemudian masukkan halia & cili padi.
- Goreng sehingga naik wangi.
- Masukkan kicap cair & kicap pekat..kacau & biarkan kuahnya mendidih.
- Selepas 10 minit, masukkan coca cola ke dalam kuali.
- Apabila kuahnya mendidih masukkan gula,garam & serbuk perasa.
- Selepas 25 minit, kuahnya akan menjadi pekat. masukkan daun bawang & tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan dengan nasi puth..
Selamat mencuba…..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.