kuih puteri mandi

Kuih puteri mandi merupakan kuih yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Manisan tradisional ini masih digemari ramai sehingga sekarang.

Cara penyediaan kuih ini cukup mudah dan boleh dikatakan hampir sama dengan cara membuat buah melaka. Kuih ini juga popular di bazar Ramadan seluruh Malaysia.

Jadi, jika ada yang teringin nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Cara Buat Kuih Limas Guna Sukatan Cawan, Resipi Asli Tradisi Orang Perak

RESEPI KUIH PUTERI MANDI

RBahan-bahan doh:

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)

Bahan inti kelapa:

  • 1 cawan air
  • 2 ketul gula melaka bersaiz besar
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan parutan kelapa muda

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.

2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan di bahagian tengahnya.

3. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi.

4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.

kuih puteri mandi

5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan.

6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati.

7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum.

8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.

9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati.

10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.

kuih puteri mandi

Kredit resipi dan gambar: Aliyaisma Ariffin

Baca juga: 3 Jenis Kuih Banjar Yang Boleh Dicuba, Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN