roti coklat yang tak manis berasal dari Italy. enak dimakan begitu saja sebab ada coklat chunks

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cioccolato Bread

roti coklat yang tak manis berasal dari Italy. enak dimakan begitu saja sebab ada coklat chunks

BAHAN-BAHAN

  • 350 gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu besar serbuk coklat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 25 gram gula halus
  • 15 gram yis segera
  • 250 ml air suam
  • 25 gram butter, lembutkan
  • 75 gram coklat masakan, dicincang kasar-kasar
  • 1 sudu kecil bread improver (optional)
  • 1 sudu kecil bread softener (optional)
  • butter cair untuk disapu atas roti
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung roti, serbuk koko dan garam dalam satu bekas. Masukkan gula. Masukkan juga bread improver dan bread softener jika gunakannya. Kacau rata.
  • Ambil 4 sudu makan dari 250 ml air tadi dan campurkan yis. Kacau-kacau hingga yis larut.
  • Buat lubang ditengah tepung dan masukkan yis dan lebihan air tadi. Uli semua dan jadikan doh.
  • Masukkan butter dan uli lagi hingga permukaan doh menjadi licin dan elastik.
  • Ambil satu bekas dan sapu sedikit minyak pada dalam permukaannya. Letak doh tadi dan tutup dengan kain. Biarkan doh selama 1 jam atau sehingga naik 2 kali ganda.
  • Bila doh sudah naik 2 kali ganda, ambil doh dan letakkan atas permukaan yang rata yang ditabur dengan tepung. Tumbuk doh untuk buang anginnya.
  • Ratakan doh dan masukkan coklat yang dicincang kasar tadi. Uli doh lagi untuk ratakan coklat pada semua bahagian doh. Rehatkan doh 5 minit.
  • Sapu minyak pada bekas pembakar roti dan bentukkan doh memanjang seperti bekas pembakar roti. Rehatkan doh lagi selama 45 minit atau sehingga doh bersaiz 2 kali ganda.
  • Panaskan oven pada 425F/220C. Masukkan doh dan bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 375F/190C dan bakar selama 25-30 minit.
  • Keluarkan roti dan sapu atasnya dengan butter cair. Sejukkan atas redai. Bolehlah dimakan.
  • Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN