Resepi gabungan dua resepi asing, pastri coklat dari Daily Delicious dan chocolate cheese filling dari kak Citarasawan @ kak Wan. TQ to both of you, anak pun tertipu ingat makan coklat sebenar. Rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-chocolate-cheese-tart-dengan.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate cheese tart dengan chocolate pastry

Resepi gabungan dua resepi asing, pastri coklat dari Daily Delicious dan chocolate cheese filling dari kak Citarasawan @ kak Wan. TQ to both of you, anak pun tertipu ingat makan coklat sebenar. Rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2011/07/resepi-chocolate-cheese-tart-dengan.html

BAHAN-BAHAN

  • PASTRI COKLAT:
  • 110g butter, suhu bilik
  • 75g gula kastor
  • 190g tepung gandum*
  • 20g serbuk koko* ayak bersama
  • 1 biji telur Gred A
  • CHOCOLATE CHEESE FILLING:
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 1st + 1/2st coklat emulco@coklat paste
  • 30g gula aising
  • 30g butter, suhu bilik
  • 1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C @ D
  • Ganache: 25ml@25g whipping cream atau fresh cream + 40g coklat masakan, dicairkan bersama-sama
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK PASTRI COKLAT:
  • Pukul butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur, kemudian tepung gandum+serbuk koko.
  • Gaul dengan tangan hingga adunan nampak seperti bread crumbs. Uli perlahan2 dan bentukkan seperti bola. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk bawah paling kurang 1 jam.
  • Sapu dasar acuan tart dengan butter (untuk memudahkan ia dikeluarkan nanti). Tekan sedikit doh dalam acuan, buang doh yang berlebihan. Cucuk dasar doh dengan garfu dan buat hingga habis. Simpan doh yang dah siap dalam peti sejuk selama 10 minit. Sementara itu panaskan oven, 160C.
  • Bakar doh selama 15-20min atau hingga masak. Sejukkan di atas redai dulu, kemudian paipkan coklat cheese filling. Bakar lagi 10-15min hingga cheese masak (nampak sedikit kering tapi jangan sampai kelihatan merekah).
  • Tart yang telah siap boleh disimpan dalam peti sejuk setelah disejukkan pada suhu bilik (untuk mengelakkan ia lemau).
  • CHOCOLATE CHEESE FILLING:
  • Pukul cream cheese, gula aising dan butter hingga sebati. Masukkan coklat emulco, ganache dan telur. Pukul hingga tak berketul-ketul.
  • Tuang adunan ke dalam piping bag dan sedia digunakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN