Hidangan yang cukup popular di Penang dan beberapa tempat lagi. Walaupun saya dari Pahang, Char Kuey Teow menjadi idaman hati. Senang sangat nak buat. Dalam masa 10-15min pon boleh siap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Char Kuey Teow

Hidangan yang cukup popular di Penang dan beberapa tempat lagi. Walaupun saya dari Pahang, Char Kuey Teow menjadi idaman hati. Senang sangat nak buat. Dalam masa 10-15min pon boleh siap.

BAHAN-BAHAN

  • Kuey Teow sebungkus
  • Udang(ikut suka)
  • Sotong(ikut suka)
  • Telur(2-3 biji)
  • Bawang Putih
  • Cili mesin sesudu(nak pedas boleh letak banyak)
  • Tauhu basah 2 keping
  • Lada Besar 2 biji
  • Taugeh(anggaran 10sen)
  • Daun Kucai
  • Sawi(kalau suka)
  • Daun Bawang
  • Tomato 2biji
  • Perasa seperti Sos Cili, Sos Tiram dan Kicap Pekat/Cair
CARA PENYEDIAAN
  • Potong tauhu dalam bentuk dadu dan gorengkan.
  • Toskan dan ketepikan
  • Tumis bawang putih dan cili mesin sehingga wangi.
  • Masukkan lada besar yang dipotong.
  • Masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan
  • Masak sehingga keluar air sotong dan udang dan tambahkan sedikit air.
  • Masukkan telur 2biji dan gaulkan rata.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat/cair tadi.
  • Gaul rata dan masukkan pula tauhu yang digoreng tadi bersama tomato.
  • Kacau dan masukkan kuey teow tadi bersama daun kucai, daun bawang dan sawi.
  • Kacau rata dan angkat. 12- Untuk sedap lagi, makan dengan lada jeruk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN