PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Resepi Mudah

POSTED ON

2020-11-25

Buat anda yang merupakan peminat tegar Auntie Anne di pusat membeli-belah, ini masanya untuk anda cuba pula buat sendiri di rumah. Barulah puas makan! Jadi mari kita cuba resepi Roti Sosej Ala Auntie Anne’s yang dikongsikan oleh Nazry Ahmad di kumpulan Resepi Siti Nurhaliza Fans di Facebook. Resepi ini sangat mudah dan sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak.

Kredit: Nazry Ahmad

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung high protein
  • 11 gram yis
  • 80 gram gula halus
  • 80 gram marjerin
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 10 gram pelembut roti
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 250 gram air sejuk
  • 150 gram butter*
  • 8 ulas bawang putih*
  • Sepohon daun ketumbar*
  • 2 sudu besar minyak zaitun*
  • 1/2 sudu teh garam halus*

CARA-CARA

  1. Uli guna bread maker
  2. Masukkan semua bahan-bahan bertanda * dalam pengisar.
  3. Kisar hingga lumat
  4. Uli adunan nipis, letakkan sosej dan gulung kemas.
  5. Sapukan topping garlic butter spread yang dikisar lumat.
  6. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

Kredit: Nazry Ahmad

Kredit: Nazry Ahmad

Kredit: Nazry Ahmad

Kredit: Nazry Ahmad

Selamat Mencuba

Kredit: Nazry Ahmad