Resipi untuk bayi anda..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Baby Hola Hola

Resipi untuk bayi anda..

BAHAN-BAHAN

  • Segenggam beras (dicuci)
  • 1 biji kentang (dihiris nipis)
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit kismis
  • Sedikit buah kurma
  • Sedikit hirisan ayam
  • Sedikit hirisan daging
  • Sedikit bawang yang digoreng dengan minyak zaitun (ikut kesesuaian)
  • Stok rebusan ayam tanpa garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masak beras bersama stok rebusan ayam. Biarkan hingga beras pecah bijinya.
  • Kisar kismis bersama kurma dengan sedikit air.
  • Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam beras yang dimasak dan kacau sebati di atas api. Masukkan kentang, lobak merah, ayam dan daging.
  • Biarkan di atas api hingga pekat dan kesemua bahan masak. Tambahkan air jika terlalu pekat. Bolehlah dihidangkan. Letakkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang mengikut kesesuaian.
  • Tambahkan garam dan kiub ayam sebagai bahan perisa mengikut kesesuaian anak anda. (Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk bayi di bawah 1 tahun.)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN