PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-12-05 04:00:19
Bagi penggemar pisang, korang dah tak perlu risau pasal pisang korang cepat sangat rosak. Ada cara untuk memastikan pisang lebih tahan lama apabila disimpan. Membazir kan kalau beli banyak dan tak sempat makan dah rosak? Sini ada caranya untuk pastikan ia tahan lebih lama.
1. Elakkan Peti Sejuk

Kesejukkannya akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk. Ramai orang ingatkan apabila meletakkan makanan dalam peti boleh buatkannya tahan lebih lama. Malangnya bukan semua makanan macam tu. Jadi ingatlah, pisang tak seharusnya ada.
2. Jauhi Sinaran Matahari

Bukannya untuk jauhi cahayanya, tapi lebih kepada kepanasan matahari itu. Ia akan memanaskan pisang. Pisang akan menjadi lembut dan manis apabila masak dan kepanasan matahari akan mencepatkan proses ini menyebabkan pisang lama-lama lembik.
3. Keluarkan Dari Bungkusannya

Pisang akan mengeluarkan gas etlien ketika proses memasak. Untuk mengelakkan gas itu terperangkap dalam pisang, keluarkannya dari bungkusan. Gas ini menyebabkan pisang cepat busuk.
4. Asingkan Daripada Buah Lain

Ramai juga suka meletakkan semua buah dalam satu bakul. Memang menjimatkan ruang tapi menyebabkan semua buah cepat rosak. Jadi asingkanlah pisang korang untuk memastikan ia terlindung daripada gas itu.
5. Gantungkan Sahaja

Nak senang? Gantungkan je dalam ruangan suhu bilik. Bukan nak kata boleh tahan selama-lamanya tapi lebih lama lah daripada biasa
Mudah kan nak simpan pisang? Bagi korang yang rasa pisang korang cepat sangat rosak, boleh lah cuba. Tak perlu dah cara lain yang kompleks atau memerlukan bahan kimia.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














