Ayam panggang bersama kuah percik

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam (Panggang) Percik

Ayam panggang bersama kuah percik

BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul ayam mana-mana bah. (bersaiz sederhana)
  • *sedikit garam
  • *1 sk serbuk lada sulah (*bahan perapan ayam)
  • **3 biji cili kering (direndam dlm air panas sehingga lembut)
  • **3 biji cili padi
  • **1 biji buah keras
  • **2 ulas bawang merah
  • **1 ulas bawang putih
  • **1 cm halia (kesemua bahan ** dikisar halus)
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sk pes asam jawa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun selasih
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam digaul dengan garam dan serbuk lada sulah…Kemudian dibakar separuh masak.ketepikan.
  • Tumis bahan kisar dan serai sehingga wangi.Masukkan santan dan daun selasih…Renihkan seketika dengan api perlahan lebih kurang 5 minit
  • Masukkan ayam yang dipanggang tadi dan renih lagi sehingga kuah hampir kering.
  • Masukkan pes asam jawa dan perasakan ngan garam dan gula.Masak lebih kurang 3 minute.Angkat dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN