resepi kek oren

Jom cuba resepi kek oren sunquick menggunakan air fryer ini. Caranya sangat mudah dan sangat sedap!

Walaupun menggunakan air fryer, hasilnya sama seperti guna oven. Tetap gebu dan lembut.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Eniza M. Salim di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya

RESEPI KEK OREN GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan A:

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan oren sunquick
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 biji telur

Bahan-bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Pewarna oren titis
  • 1/2 cawan minyak masa

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan A menggunakan blender.

2. Dalam bekas lain, campurkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder.

3. Campurkan bahan A yang sudah dikisar tadi ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit. Kaup sehingga sekata.

4. Seterusnya titiskan pewarna oren. Ratakan dan akhir sekali tuangkan minyak masak. Kaup lagi sehingga sebati.

5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar menggunakan air fryer pada suhu 140°C selama 30 minit. Kemudian tukar kepada suhu 160°C dan bakar lagi selama 10 minit.

resepi kek oren

6. Suhu bergantung pada air fryer masing-masing. Selamat mencuba!

resepi kek oren

Kredit resipi dan gambar: Eniza. M Salim

Baca juga: Cara Buat Cinnamon Roll Ekspres, Guna Roti Paratha & Air Fryer Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN