sup gearbox

Dapat meratah Sup Gearbox ini memang nikmat sangat! Jom cuba resipi cara Cik Puan Fariza Hadi ini. Memang ringkas dan mudah untuk diikuti. 

Sup pastinya memikat selera semua, tidak kira apa pilihan sekali pun, daripada ayam, daging lembu, pilihan sayur-sayuran cendawan mahupun jagung.

Baca juga: Sup Ayam Pekat Berempah, Masuk 2 BAHAN Ini, Memang Menyelerakan!

Sajian pertama ini pastinya membangkitkan selera untuk menikmati hidangan seterusnya bagi melengkapkan sesuatu sajian.

Malah ramai yang menikmati sajian ini sebagai pembuka selera terutama bagi mereka yang tidak sihat badan, lesu dan kurang bertenaga. Ikuti cara memasak di bawah


SUP GEARBOX CARA SIMPLE

sup gearbox

Bahan-bahan:

  • Tulang / gearbox campur isi2 = 3 kg
  • Bawang merah saiz bola pingpong = 15 biji ( mayang)
  • Bawang putih – 10 ulas – tumbuk kasar
  • Halia – 3 – 5 inci – tumbuk kasar
  • Rempah sup debu – 100 gram ( yg ni kak guna rempah sup debu jenama Pok Leh kak beli di pasar payang)..
  • Sup bunjut 2 – ni pun beli siap ( jen. pok leh)
  • 2 paket sup 
  • Daun sup – ambil batang + akar ( letak dalm sup)
  • Daun – hiris2 untuk letak masa makan
  • Batang saderi
  • Limau nipis
  • Cili padi
  • Bawang goreng 
  • Garam

Cara-cara memasak:

1. Rebus kosong tulang2 tersebut sampai empuk. Nak feel kak guna periuk besar atau pressure cooker.

2.Bila dah empuk, boleh tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga naik bau, garing sedikit.

3. Masukkan bahan-bahan lain.

4. Masukkan rempah sup tadi. Karih-karih sedikit baru masukkan air rebusan sup sedikit.

5. Tumis sehingga pecah minyak.

6. Pindahkan bahan tumis ke dalam periuk sup tadi.

7. Masukkan batang sup, batang saderi dan perasakan dengan garam jika supnya tawar.

8. Reneh sekejap dalam 10 minit dan boleh tutup api. Dah siap.

sup gearbox


Selamat mencuba resipi Sup Gearbox ini.

Baca juga: Sup Perut Lembu Thai Guna Pes INI, Memang Cukup Rasa Masam Pedasnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN