Resepi my father…sedap makan ngan nasi minyak n pencuk nenas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Merah Mudah & Ringkas

Resepi my father…sedap makan ngan nasi minyak n pencuk nenas

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan goreng
  • rempah tumis – 4 sekawan
  • 3 sudu besar cili kering/ cili boh
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 cawan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • 5 cm halia – dimayang
  • 6-8 ulas bawang putih – dimayang
  • 10 ulas bawang merah – dimayang
  • 4 labu bawang besar – dihiris bulat
  • 1/2 cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi.
    Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.
  • Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
  • Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.
  • Selamat mencuba. Guten apetit !

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN